Automate your Marketing
with Womplify




 
zafrina's FotoPage

By: zaff SURIAfm

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 30-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Island Raid (Pangkor - Day 2)

 
 
 
View all 48 photos...
Second day di Pangkor.. bangun pukul 10 pagi setelah paksa my husband bangun! Hehehehe.. lepas bersiap-siap, turun breakfast kat café resort tu (Puteri Bayu Beach Resort).. tapi dah tau lambat, so kitorg memang plan nak order ala carte la.. tapi yg mendukacitakan, waiter tu ckp, “sori ye buffet dah abis, ala carte lak takde sebab diorg tgh ready utk lunch.” What?? Hotel/resort ape yg takde ala carte? First time ni saye jumpa hotel/resort yg mcm ni.. takkanla chef dia penat sgt lepas sediakan buffet breakfast? takkanla lepas sediakan buffet breakfast (yg tentu-tentu siap awal-awal pagi kan?) chef dia ambil masa yg panjang utk berehat? Wah, betul punye relaks la chef diorg kan? Teruknye resort ni! Sabar jelah!.. ok, takpe, tak nak kecoh panjang-panjang, me & opie keluar la ke Teluk Nipah cari gerai makanan yg bukak pagi-pagi tu.. Nasib baik kat Teluk Nipah ada 2, 3 gerai yg bukak.. lagi best makan kat situ sebab betul-betul tepi laut!

Lepas breakfast, kitorg naik boat ke Pulau Giam utk snorkeling.. itu je satu-satunya tempat kat Pangkor yg boleh snorkeling (kalau kat Perhentian, banyak tempat blh stop utk snorkeling).. Pulau Giam tu tak jauh dari Teluk Nipah, memang boleh nampak dari Teluk Nipah, tak sampai 5 minit naik speed boat.. bayaran RM50 utk 2 org (ada separuh tempat sorg RM20).. boatman bawak kitorg round satu pulau, amik gambar sikit-sikit, then dia turunkan kitorg, katanya snorkeling la puas-puas, tak kesah berapa lama!

Apa yg saye boleh katakan, tempat tu cantik & snorkeling kat Pangkor ok, tapi tak boleh lawan dengan pemandangan bawah laut bila snorkeling kat Perhentian & Redang.. kat area Pulau Giam tu just boleh tgk ikan-ikan yg agak lawa, tapi ikan tak banyak & coral tak cantik langsung.. kalau kat Perhentian & Redang, ikan lawa gile, banyak & coral pun cantik.. kitorg try gak ke sebelah pulau nak snorkeling tgk coral, tapi tak boleh sebab takde tempat & laut kotor dgn daun-daun kering & sampah.. bayangkanla, tgh snorkeling, kitorg nampak plastik, tin minuman & daun kering melintas depan mata! Sedihla bila tgk mcm tu.. kenapala ada org yg nak pegi pulau, tapi tak jaga kebersihan..

Lepas turun naik laut & menghitamkan badan, kitorg call balik boatman, rupa-rupanya dah 2 jam kitorg lepak kat Pulau Giam tu! Hehehehehe.. sampai Teluk Nipah balik, saye & opie cari tempat makan utk lunch, then kitorg lepak je kat pantai sampai la ke petang.. tido pun kat pantai je sambil ditiup angin-angin yg sepoi bahasa.. agak-agak dah penat baring, masuk ke laut, then naik balik lepak kat pantai.. itu jela keje kitorg sampai la ke petang, dekat-dekat pukul 6 baru balik ke hotel. Aritu nasib kitorg baik, air tgh surut, so laut bersih. Tak mcm semalam yg kitorg pegi, air laut pasang so ombak angkut sekali sampah sarap kat pantai masuk laut, tu yg buat laut kotor..

Malam, nak dinner kat hotel je sebab malas nak keluar.. instead of makan dinner buffet, kitorg nak order ala carte.. tapi sekali lagi dapat respon yg mendukacitakan - ala carte takde sebab diorg serve buffet je.. tapi kitorg makan jugakla buffet tu yg ada 4 lauk, nasi putih, ulam-ulaman & sup ayam serta air kosong – RM20 nett satu kepala.. saye ni yg jenis tak kesah lauk banyak ke tak, setakat 4 lauk okla (tapi sebenarnya saye amik 2 lauk je dgn nasi & sup ayam), tapi ada sorg guest tu sempat lagi ckp kat kitorg, “lauk dia simple sangat!”.. See?? Org lain pun perasan mcm tak best je servis kat hotel tu.. saye just terfikir yg chef kat situ keje senang & banyak relaks.. masak je utk buffet, lepas tu semua guest kena makan buffet, ala carte takde.. sepatutnya tak kesah la weekdays ke, weekend ke, org ramai ke tak, servis kenala tip top kan? Dah kata dalam bidang perhotelan & servis.. sabar je lah!

Lepas dinner, kitorg jalan ke depan sket nak ke kedai runcit, tapi sebelum tu saje singgah kat kedai yg jual seafood.. saje je tanya ikan bilis kat situ berapa sekilo sebab malam sebelum tu dah tau kat kedai lain yg harga ikan bilis lagi mahal daripada kat KL.. tengok-tengok dia letak harga yg memang murah, dalam RM22 sekilo.. terus call mama & dia suruh beli 2 kilo.. kalau ikut sebelum tu dia ckp tak payah beli sebab mahal, baik beli je kat Econsave! Hahahaha.. akhirnya, dapat gak beli barang yg mama kirim, kalau tak rasa tak complete je.. utk korg yg tak tau, Pangkor memang famous dgn ikan bilis.. tapi kena pandai tgk kedai la sebab harga memang lain-lain..



Monday, 29-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Island Raid (Pangkor - Day 1)

 
 
 
View all 24 photos...
Me & opie gerak dari rumah pukul 6 pagi.. Sebabnye? Opie nak merasai detik subuh & matahari naik dalam perjalanan.. Almaklumla org takde kampong & tak penah berjalan jauh! Hehehehe.. Mcm saye ni dah byk kali merasa keadaan u dulu masa kecik-kecik.. Lagipun kitorg tak penah ke Lumut, so takut sesat, tu yg keluar awal pagi tu..

Dari ape yg saye baca kat internet, nak ke Lumut, dari highway Utara Selatan, kena exit kat Gopeng, then baru ke Lumut dalam 70 km.. So, kitorg pun turunla kat Gopeng.. Mula-mula tu silap simpang gak, then dah tersedar patahla balik.. Lepas tu kitorg pun ikutla signboard ke Lumut.. On the way, ternampak Kellies Castle & sempatla kitorg bergambar kat luar Kellies Castle tu (tak masuk pun).. tapi bila dah sampai Lumut, baru tau, rupa-rupanya kalau exit kat Teluk Intan lagi dekat nak ke Lumut! Isyh isyh isyh.. Kalau exit kat Gopeng sebenarnya dah patah balik.. Patutla rasa macam dah pusing satu Perak je nak ke Lumut tu! Rasa jauh je perjalanan.. Takpela, first time kan? Next time dah tau okla..

Kitorg sampai jeti Lumut dalam pukul 10.30 pagi.. parking kereta kat tepi Hotel Indah, bayar RM8 satu malam (tempat lain RM10 satu malam).. then, beli tiket feri - RM10 sorg, pegi balik & boleh naik suka hati pukul berapa feri tu tapi kena ikut jadual feri tu la.. disebabkan kitorg tgk ada ramai sgt budak-budak rombongan universiti & sekolah nak naik feri pukul 11.15 pagi, so kitorg decided naik feri pukul 11.45 pagi. Sementara tu, sempatla kitorg jalan-jalan jap kat pekan Lumut..

Naik feri ke Pangkor dari Lumut, 20 minit je (tapi kalau naik speed boat, lagi cepat sebenarnya).. sampai jeti Lumut, kitorg amik kereta sewa (Kancil), RM150 utk dua hari.. ingat nak naik motor je, tapi opie takde lesen motor, some more dia takut nak bawak saye naik motor.. kalau sewa motor murah je, RM30 sehari.. tapi sebenarnya kat Pangkor diorg tak mintak pun lesen, so belasah je bawak kereta or motor kalau takde lesen pun. tak mcm kat Langkawi yg siap mintak lesen motor or kereta..


Pangkor ni tak besar mana, naik kereta pusing satu pulau dlm 20 minit je.. betul-betul buat satu pusingan je untuk pusing satu pulau.. dari jeti ke hotel kitorg lak (Puteri Bayu Beach Resort – Pantai Pasir Bogak) dalam 2 km je dari jeti.. sampai Pangkor kitorg agak terkejut sebab pulau ni tak happening mcm Langkawi.. sunyi sepi je.. nak cari kedai makan yg bukak pun susah! Agaknya diorg bukak weekend kot? sebab tak jumpa gerai makan, last-last kitorg lunch kat hotel je..


Pantai lak, yang paling cantik pantai Teluk Nipah, 4km daripada hotel kitorg. Kitorg tak mandi pun kat pantai area hotel kitorg (pantai Pasir Bogak), tapi kitorg mandi kat pantai Teluk Nipah tu.. tapi yg upset nye, pantai kat situ kotorla.. tak paham kenapa.. ada sampah & byk daun-daun kering mati.. so nampak tak bersih laut tu.. gerai-gerai tepi laut pun tak tersusun & nampak kotor.. ada tempat lak byk gerai terbiar & kosong.. tension je! Jalan ke depan sikit, baru jumpa satu spot yg bersih & ok utk mandi.. org memang takde! Lepas mandi, kitorg terus dinner kat Daddy’s Café kat area Teluk Nipah tu.. setting café tu memang best, di tepi laut & diorg susun pelita panjut.. so, nampakla romantik sikit..

Lepas makan, on the way balik ke hotel, barula nampak ada 2, 3 gerai yg bukak.. tapi yg peliknye, still sunyi sepi! Tak happening langsung! Hehehehe.. esok, kitorg plan nak snorkeling & berkayak..


Monday, 26-Jan-2009 05:13 Email | Share | | Bookmark
Gambar Majlis Resepsi Zaff Suria FM di Pihak Opie

 
 
 
View all 102 photos...
Majlis resepsi Zaffrina dan pasangannya Opie Harris telah diadakan pada 3 Januari lalu jam 12 tengahari hingga 4 petang di Dewan MPAJ AU5 ini berkonsepkan Moden Kontemporari. Zaffrina disolek oleh jurusolek CT Nurhaliza iaitu Nurul Shukor. Dress, Idea dan design persalinan oleh kenalan family dan dijahit oleh butik pengantin di Taman Melawati. Katanya, kain lace dibeli di Yogjakarta, manakala suit lelaki, idea dan design oleh pengantin lelaki dan ditempah di Campbell. Seramai 1600 orang jemputan yang dijemput telah hadir.


Friday, 23-Jan-2009 11:09 Email | Share | | Bookmark
Majlis Resepsi Wedding Zaff di Dewan Komuniti TTDI

 
 
 
View all 80 photos...
Untuk sebelah pihak perempuan pula, majlis resepsi Zaffrina telah diadakan pada 1 Januari (Khamis) lalu di Dewan Komuniti TTDI berkonsepkan moden kontemporari. Zaffrina telah disolek cantik molek oleh Kay Azman. Menampilkan pelamin putih dan merah jambu serta baju pengantin berwarna hijau lumut. Memang cantik. Antara selebriti yang hadir ialah Erra Fazira dan suami, Cat Farish dan isteri, Farawahida, Julfekar, Farhan AF, Izwan Pilus dan Aesar Mustafa. Seramai 800 orang yang hadir memeriahkan suasana.


Thursday, 22-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pernikahan Zaff & Opie

 
 
 
View all 87 photos...
Gambar Majlis Akad Nikah Zaffrina Penyampai Suria FM

Budiey dapat berita dari Zaff yang dia masih tak sempat nak berbulan madu lagi dengan suaminya Opie Harris. Jadi, buat masa sekarang ni, mesti Zaff sedang menikmati saat bahagia bersama yang tercinta. Budiey dan semua pembaca nak ucapkan selamat berbahagia ya.

Majlis akad nikah diadakan pada Hari Isnin, 29 Disember 2008 bersamaan 1 Muharam 1430 Hijrah. Pandai Zaff, ambik berkat tahun baru Hijrah. Akad nikah dengan sekali lafaz sahaja. Seramai 100 orang hadir menyaksikan hari bersejarah itu termasuklah famili sahaja dan teman rapat. Berlangsung pada jam 3 petang di Masjid Al-Ikhwaniah, Taman Cheras Utama, Cheras dengan mas kahwin RM1001.00 dan duit hantaran sebanyak RM15, 022.12. Hantaran sebanyak 9 dulang dari pihak perempuan dan berbalas dengan 2 dulang dari pihak lelaki. Pada hari akad nikah, Zaff disolek dan ditatarias oleh Ayang Kamell.

Buat semua pendengar setia Suria FM, ini dia gambar masa Zaff diijabkabulkan.


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net